Hospital

Hospital Panel WeKongsi melalui e-MAS

We Kongsi bekerjasama dengan e-MAS iaitu pihak yang menguruskan keseluruhan proses kemasukan ahli WeKongsi ke wad hospital dan rawatan, termasuk tuntutan bayaran bil perubatan dan saringan kesihatan semasa pendaftaran.

Terdapat lebih 270 Hospital Panel di seluruh Malaysia tersedia untuk ahli WeKongsi.

  Senarai Hospital Panel

Hospital Panel WeKongsi

Prosedur dan Proses Kemasukan Hospital

  1. Akaun berstatus Aktif
  2. Habis tempoh menunggu
  3. Rasa tidak sihat – lawati Klinik Panel berhampiran.
  4. Dapatkan surat rujukan ke hospital untuk rawatan / pemeriksaan lanjut.
  5. Lawati Hospital Panel – perlu ada surat rujukan daripada Klinik Panel.
  6. Tunjuk kad WeKongsi – hospital akan semak keahlian dan mulakan pendaftaran.
  7. Pemeriksaan & Diagnosis – doktor menilai keadaan & memutuskan jika perlu masuk wad.
  8. Kes kemasukan wad dihantar untuk semakan & kelulusan oleh TPA (eMAS)
  9. TPA meluluskan kes & menghantar Surat Jaminan (GL) ke hospital.
  10. Terima rawatan & boleh pulang untuk pulih selepas bil disahkan.

Proses Kemasukan Hospital
Kadar Perkongsian Kos Kemasukan Hospital

Kunjungi Panel Hospital WeKongsi

Apabila anda perlu mendapatkan rawatan di mana-mana wad hospital kerajaan atau swasta, anda perlu memastikan hospital tersebut menerima panel TPA WeKongsi iaitu e-MAS.

Dengan adanya e-MAS ini, proses pendaftaran ke hospital sehinggalah kepada proses pembayaran bil perubatan anda akan diuruskan sepenuhnya oleh e-MAS.

Tips: Anda boleh cuba call atau walk-in ke hospital berhampiran dan tanya, adakah mereka menerima Guarantee Letter (GL) atau Surat Jaminan yang dikeluarkan oleh e-MAS?


Berminat dengan pelan Perlindungan Perubatan WeKongsi?

Jika ada sebarang persoalan, boleh WhatsApp saya.