Laporan Perkongsian Kos Perubatan WeKongsi – Februari 2026

Laporan Perkongsian Kos Perubatan WeKongsi – Februari 2026

Pada bulan ini terdapat 53 kes perkongsian kos perubatan. Sebanyak 836 kes Faedah Pesakit Luar Bersyarat (Conditional Outpatient Benefit) juga telah direkodkan bulan ini.

WeKongsi Medical Cost Sharing Februari 2026
WeKongsi Share Cost Summary Februari 2026
WeKongsi Medical Plan Perkongsian Februari 2026

Perkongsian Kos Perubatan Februari 2026

Jumlah kos rawatan yang dikongsi untuk bulan Februari ialah RM281,650.00 daripada jumlah keseluruhan RM444,542.25.

Untuk bulan ini, jumlah perkongsian bulanan telah mencapai had maksimum RM50.00 bagi setiap ahli aktif. Kos perubatan yang melebihi had ini akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan dikongsi secara berperingkat, selaras dengan garis panduan sedia ada.

Jumlah kos perubatan tertunggak yang dibawa ke hadapan ialah RM162,281.61.

Dengan seramai 5,633 ahli aktif jumlah tertunggak ini bersamaan kira-kira RM28.81 bagi setiap ahli dan akan dikongsi secara berperingkat bagi mengelakkan peningkatan mendadak dalam bayaran bulanan.


Laporan Penuh Kes Perkongsian

Laporan penuh perkongsian kos perubatan WeKongsi boleh lihat di:
my.medikongsi.com/sharing-record-feb-2026


Kami berbesar hati dapat membantu ahli yang dimasukkan ke hospital menyelesaikan kos rawatan yang tinggi.

Di WeKongsi, keutamaan kami adalah kesihatan semua orang dan akses kepada rawatan kesihatan yang berkualiti.

Dalam komuniti ini, anda tidak akan berseorangan menghadapi cabaran. Komuniti WeKongsi bersatu untuk memberikan bantuan kepada ahli yang memerlukan, sekali gus meringankan beban kewangan mereka.

Dengan bayaran maksimum hanya RM50 sebulan, dan jika tiada kes, tiada bayaran dikenakan – WeKongsi adalah solusi perlindungan perubatan yang mampu milik untuk semua.



Berminat dengan pelan Perlindungan Perubatan WeKongsi?