Laporan Perkongsian Kos Perubatan WeKongsi – Disember 2025
Pada bulan Disember ini, terdapat 21 kes perkongsian kos perubatan. Kos rawatan tertinggi bulan ini ialah Gallbladder Surgery yang berjumlah RM23,786.65.
Sebanyak 326 kes faedah pesakit luar bersyarat baharu juga telah direkodkan bulan ini.



Perkongsian Kos Perubatan Disember 2025
Jumlah kos rawatan yang dikongsi untuk bulan Disember ialah RM249,055.53.
Melalui usaha bersama komuniti, setiap ahli aktif WeKongsi hanya perlu menyumbang RM49.37 bagi membantu menampung kos perubatan untuk 21 kes tersebut.
Tiada perbelanjaan tertunggak yang dibawa ke bulan hadapan.
Laporan Penuh Kes Perkongsian
Laporan penuh perkongsian kos perubatan WeKongsi boleh lihat di:
my.medikongsi.com/sharing-record-disember-2025
Kami berbesar hati dapat membantu ahli yang dimasukkan ke hospital menyelesaikan kos rawatan yang tinggi.
Di WeKongsi, keutamaan kami adalah kesihatan semua orang dan akses kepada rawatan kesihatan yang berkualiti.
Dalam komuniti ini, anda tidak akan berseorangan menghadapi cabaran. Komuniti WeKongsi bersatu untuk memberikan bantuan kepada ahli yang memerlukan, sekali gus meringankan beban kewangan mereka.
Dengan bayaran maksimum hanya RM50 sebulan, dan jika tiada kes, tiada bayaran dikenakan – WeKongsi adalah solusi perlindungan perubatan yang mampu milik untuk semua.
