Laporan Perkongsian Kos Perubatan WeKongsi – Julai 2025

Laporan Perkongsian Kos Perubatan WeKonogsi – Julai 2025

Pada bulan ini, komuniti WeKongsi telah membantu 6 kes kemasukan ke hospital dengan jumlah kos rawatan sebanyak RM44,748.16.

Sebanyak 174 kes baru bagi Manfaat Pesakit Luar Bersyarat juga telah direkodkan bulan ini.

WeKongsi Medical Cost Sharing July 2025
WeKongsi Share Cost Summary July 2025
WeKongsi Medical Plan Perkongsian Julai 2025

Senarai Kes Kemasukan Ke Hospital

  1. Buku Lali dan Kaki – Kecederaan Superfisial (RM8,094.10)
  2. Patah Tulang Ulna (RM3,905.85)
  3. Gastrik (RM74.00)
  4. Sakit Sendi (RM3,893.15)
  5. Demam, Tidak Dinyatakan (RM5,875.95)
  6. Gastroenteritis dan Kolitis Lain atau Tidak Dinyatakan (RM4,249.61)

Kos rawatan tertinggi adalah bagi Kecederaan Superfisial – Buku Lali dan Kaki dengan jumlah sebanyak RM8,094.10.

Perkongsian Kos Perubatan Julai 2025

Melalui usaha bersama komuniti, setiap 2,411 ahli aktif WeKongsi hanya perlu menyumbang RM18.56 untuk menampung kos rawatan 6 kes tersebut.

Tiada baki kos dibawa ke bulan hadapan.

Kami berbesar hati dapat membantu ahli-ahli yang dimasukkan ke hospital untuk menyelesaikan kos rawatan yang tinggi.

Di WeKongsi, keutamaan kami adalah kesihatan dan akses kepada rawatan kesihatan berkualiti untuk semua.

Anda tidak akan berdepan cabaran ini seorang diri. Kami akan bantu semua dalam mengatasi kos perubatan serta membantu mereka yang memerlukan rawatan.

Dengan bayaran maksimum hanya RM50 sebulan, dan jika tiada kes, tiada bayaran dikenakan – WeKongsi adalah solusi perlindungan perubatan yang mampu milik untuk semua.


Laporan Penuh Kes Perkongsian

Laporan penuh perkongsian kos perubatan WeKongsi boleh lihat di:
my.medikongsi.com/sharing-record-july-2025



Berminat dengan pelan Perlindungan Perubatan WeKongsi?