eMAS – TPA Baharu WeKongsi

Bermula 1 Februari 2025, WeKongsi kini bekerjasama dengan eMAS sebagai TPA (Pentadbir Pihak Ketiga) baharu bagi meningkatkan pengalaman penjagaan kesihatan anda!

Kerjasama dengan eMAS ini membolehkan pemprosesan tuntutan yang lebih pantas dan efisien, sistem yang telus serta mesra pengguna, alat teknologi yang lebih canggih untuk akses penjagaan kesihatan yang lebih baik, serta penilaian bil hospital yang lebih teliti bagi mengelakkan caj berlebihan.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, WeKongsi akan memperkenalkan produk dan manfaat baharu termasuk perlindungan rawatan pesakit luar untuk penyakit biasa bagi memastikan penjagaan kesihatan yang lebih mudah diakses dan tepat pada masanya untuk semua ahli WeKongsi.

eMAS – TPA Baharu WeKongsi

Terima kasih kerana terus mempercayai WeKongsi dalam perjalanan penjagaan kesihatan anda! Nantikan lebih banyak kemas kini daripada kami!