Terima kasih kerana telah mendaftar dan menyertai komuniti medical plan WeKongsi.

Izinkan saya menerangkan kembali berkenaan pembayaran yang perlu dibuat oleh semua ahli WeKongsi.
1. Yuran Keahlian WeKongsi (Membership Fee)
Ada 3 mode pembayaran yuran yang boleh dipilih, iaitu:
Tahunan (Yearly)
RM360Bayaran setahun
Total RM360 setahun
Suku Tahunan (Quarterly)
RM100Bayaran setiap 3 bulan
Total RM400 setahun
Bulanan (Monthly)
RM40Bayaran setiap bulan
Total RM480 setahun
Yuran Keahlian ini adalah untuk menampung kos operasi program seperti pembinaan & pengembangan sistem, penyelenggaraan, khidmat TPA, khidmat Pemegang Amanah, pentadbiran, pengurusan, dan lain-lain.
Yuran keahlian akan diproses secara auto debit pada tarikh kita mendaftar. Contoh: anda daftar keahlian setahun pada 1hb Januari 2026, maka proses auto debit akan berlaku pada setiap 1hb Januari tahun-tahun seterusnya.
2. Akaun Perkongsian (Sharing Account / Deposit)
Setiap ahli WeKongsi mempunyai Akaun Perkongsian masing-masing yang perlu dimasukkan deposit mengikut pakej yang diambil.
Akaun Perkongsian ini digunakan untuk membayar segala kos perubatan ahli yang dirawat di klinik & hospital, yang mana akan dipotong tidak lebih RM50 sebulan.
Jumlah deposit bagi Akaun Perkongsian ini mengikut pakej yang anda pilih untuk perlindungan perubatan anda.
Pakej Akaun Perkongsian
- ✔ RM1,000,000 Perlindungan Perubatan
- ✔ RM100,000 Rawatan Pesakit Luar Kanser
- ✔ RM10,000 Rawatan Segera Kemalangan
- ✔ RM10,000 Khairat Kematian
- ✔ RM250 Perkhidmatan Ambulans
- ✔ RM150/Hari Room & Board
- ✔ RM50/Hari Elaun Hospital Kerajaan
- ✔ Manfaat Pesakit Luar Bersyarat
- ✖
RM5,000 Ujian Diagnostik Pra Hospital
Pakej Akaun Perkongsian
- ✔ RM1,000,000 Perlindungan Perubatan
- ✔ RM100,000 Rawatan Pesakit Luar Kanser
- ✔ RM10,000 Rawatan Segera Kemalangan
- ✔ RM10,000 Khairat Kematian
- ✔ Ambulans: Dilindungi Sepenuhnya
- ✔ RM250/Hari Room & Board
- ✔ RM100/Hari Elaun Hospital Kerajaan
- ✔ Manfaat Pesakit Luar Bersyarat
- ✔ RM5,000 Ujian Diagnostik Pra Hospital
Deposit RM100 / RM200 akan ditolak dari akaun bank anda selepas 60 hari daripada tarikh mendaftar sebagai ahli. Bayaran perkongsian kali pertama pula akan dipotong dari deposit Akaun Perkongsian anda selepas 90 hari menjadi ahli.
Topup Akaun Perkongsian
Apabila akaun perkongsian berkurang bawah RM50, anda perlu membuat penambahan (topup) untuk menjadikan akaun tersebut kembali kepada RM100 atau RM200 – mengikut pakej yang diambil.
Sebagai contoh – selepas beberapa bulan, akaun perkongsian anda berbaki RM40. Maka akan berlaku proses auto debit sebanyak RM60 atau RM160 (mengikut pakej) akan ditolak daripada akaun bank anda untuk topup deposit.
Proses perkongsian (crowd sharing) akan berlaku pada setiap 7hb. Auto debit untuk topup deposit (sekiranya perlu) juga akan diproses pada tarikh tersebut.
Pastikan anda telah lengkapkan tetapan eMandate selepas mendaftar untuk membolehkan pembayaran dibuat secara Auto Debit.
Sekiranya auto debit tidak dapat diproses disebabkan isu tertentu, keahlian anda akan digantung (Suspended) untuk sementara waktu. Anda perlu membuat bayaran secara manual dengan segera melalui Online Banking untuk mengaktifkan semula keahlian.
Manfaat sebagai ahli untuk rawatan di klinik atau hospital tidak dapat digunakan sehingga keahlian anda kembali aktif.

Anda diberi masa selama 26 hari untuk selesaikan pembayaran bagi mengaktifkan semula keahlian. Status keahlian akan kembali aktif dalam tempoh 24 jam selepas bayaran dibuat.
Walau bagaimanapun, jika anda membuat bayaran selepas 14 hari dari tarikh Suspended, ada tempoh menunggu (Reactivating Countdown) selama 14 hari sebelum keahlian kembali aktif dan boleh guna manfaat sebagai ahli WeKongsi.
Jadi, jangan bertangguh untuk selesaikan pembayaran tersebut.
Pakej Perlindungan Perubatan WeKongsi – Standard / Deluxe
Anda boleh memilih untuk daftar pakej Standard (RM100) atau Deluxe (RM200) bergantung pada keperluan dan kemampuan anda.

Bayaran bulanan dikira berdasarkan jumlah tuntutan bil hospital setiap bulan, kemudian dibahagikan dengan jumlah semasa ahli WeKongsi yang aktif. Bayaran dihadkan tidak lebih RM50 sebulan.
Bagi lebih mudah faham, berikut dikongsikan 3 contoh situasi yang mungkin berlaku.
SITUASI 1
Jumlah bil perubatan:
RM30,000
Jumlah ahli WeKongsi:
3,000 orang
Jumlah perkongsian setiap ahli:
RM30,000 ÷ 3,000 = RM10
Sebanyak RM10 sahaja akan ditolak daripada Akaun Perkongsian pada bulan tersebut.
SITUASI 2
Jumlah bil perubatan:
RM0
Jumlah ahli WeKongsi:
3,000 orang
Jumlah perkongsian setiap ahli:
RM0 ÷ 3,000 = RM0
Tiada bayaran ditolak daripada Akaun Perkongsian pada bulan tersebut.
SITUASI 3
Jumlah bil perubatan:
RM240,000
Jumlah ahli WeKongsi:
3,000 orang
Jumlah perkongsian setiap ahli:
RM240,000 ÷ 3,000 = RM80
Hanya RM50 akan ditolak daripada Akaun Perkongsian pada bulan tersebut. Baki RM30 dibawa ke bulan hadapan.
Kemasukan Ke Hospital
Semua kemasukan ke hospital menggunakan GL (Guarantee letter) daripada eMas (sebutan: imas, bukan emas). Jadi, tiada risiko tak dapat nak claim.
Kes Biasa (Bukan Kecemasan)
Bagi kes biasa yang bukan kecemasan, pergi mana-mana klinik panel eMAS berdekatan terlebih dahulu untuk rawatan awal. Jika perlukan rawatan lanjut di hospital, pihak klinik akan keluarkan Referral Letter atau Surat Rujukan untuk admit ke hospital.
Bawa surat rujukan tersebut ke hospital panel untuk request GL (Guarantee Letter) daripada eMas.
Kes Kecemasan
Manakala bagi kes kecemasan pula – emergency: to avoid death or permanent disability – boleh terus ke hospital panel dengan segera.
Nanti di kaunter pendaftaran biasanya kita akan ditanya, "Nak bayar sendiri atau guna medical card / takaful / insurans?"
Hanya jawab, "Guna GL daripada eMas" dan tunjukkan Virtual Admission Card dalam app WeKongsi ataupun kad pengenalan.
Pihak hospital akan berhubung dengan eMas untuk pengesahan dan dapatkan GL. Untuk hospital swasta, pihak mereka akan bantu kita dapatkan GL.
Bila dah dapat GL, semua kos rawatan perubatan akan ditanggung sepenuhnya. Tak perlu bayar guna duit sendiri.
Sekiranya bercadang untuk masuk hospital menggunakan medical card lain (kepunyaan syarikat/majikan atau takaful/insurans) tetapi kena bayar co-takaful, co-payment atau deductible – boleh juga dapatkan GL daripada eMas untuk cover kos tersebut.
Ada sesetengah hospital minta deposit. Yang ini perlu bayar, tapi akan dipulangkan semula semasa discaj.
Senarai Hospital Panel WeKongsi
WeKongsi bekerjasama dengan eMAS sebagai underwriter sekaligus TPA (Third Party Administrator).
Terdapat lebih 270 hospital panel (kerajaan & swasta) di seluruh Malaysia untuk ahli WeKongsi dapatkan rawatan.
Senarai Hospital PanelSenarai Klinik Panel WeKongsi
Medical plan WeKongsi juga boleh digunakan untuk rawatan di klinik secara pesakit luar. Cuma bayar RM10 sahaja untuk rawatan dan juga ubat. Selebihnya akan cover dengan medical plan WeKongsi.
Ada 17 jenis sakit yang boleh cover hanya di klinik panel – tak perlu ke hospital (kecuali jika perlu warded).

Tempoh Menunggu WeKongsi
Semua pelan perlindungan perubatan ada tempoh menunggu (waiting period) untuk pengurusan risiko dan menjaga kebajikan semua peserta. Tempoh menunggu untuk pelan perlindungan WeKongsi seperti berikut:
90 hari pertama:
Cover rawatan sekiranya warded di hospital akibat kemalangan (pay & claim limit RM10,000), dan khairat kematian akibat kemalangan.
Hari ke-91 hingga 180:
Cover 17 jenis sakit biasa di klinik dan semua sakit biasa di hospital sebanyak RM1 juta setahun, serta khairat kematian atas apa jua sebab. Dalam tempoh ini belum cover sakit khusus dan kritikal.
Selepas 180 hari:
Cover semua rawatan sekiranya warded di hospital dengan GL, termasuk sakit kritikal.

Rakan Kerjasama WeKongsi
Bagi memastikan program berjalan lancar dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada ahli, WeKongsi bekerjasama dengan beberapa organisasi seperti TPA (Third Party Administrator), Badan Pemegang Amanah (Trustee), dan Panel Penasihat Syariah.
Sijil Patuh Syariah WeKongsi
Program WeKongsi ini telah mendapat pengesahan patuh syariah daripada Afsha Shariah Advisory.


