Syarat Daftar Sebagai Ahli WeKongsi
Sesiapa saja yang memenuhi syarat-syarat berikut boleh menjadi ahli WeKongsi:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 14 hari — 45 tahun (berdasarkan tarikh lahir yang lepas)
- Sihat dan tidak mempunyai penyakit
- Jujur tentang status kesihatan diri

Pakej Keahlian WeKongsi
Terdapat 2 jenis bayaran yang perlu anda buat apabila mendaftar sebagai ahli WeKongsi.
1. Yuran Keahlian
Bulanan – RM40 / bulan
Suku Tahunan – RM100 / 3 bulan
Tahunan – RM360 / tahun
Bayaran Yuran Keahlian / Yuran Perkhidmatan ni adalah untuk menampung kos operasi program WeKongsi.
2. Deposit Akaun Perkongsian
Pakej Perkongsian:
Standard – RM150
Deluxe – RM300
Dana Akaun Perkongsian digunakan untuk sumbangan pada bulan yang ada tuntutan bil perubatan ahli komuniti.
1. Yuran Keahlian WeKongsi
Yuran keahlian ini perlu dibayar selepas anda mendaftar sebagai ahli WeKongsi.
Bagi membolehkan anda dibantu oleh komuniti WeKongsi untuk pembiayaan kos perubatan, anda perlu memastikan status keahlian anda sentiasa AKTIF.
Bayaran yuran keahlian seperti berikut:
2. Akaun Perkongsian / Sharing Account
Akaun Perkongsian ini adalah tabung dana perkongsian anda. Setiap ahli WeKongsi mempunyai Akaun Perkongsian masing-masing yang perlu dimasukkan deposit mengikut pakej yang diambil.
Dana di dalam Akaun Perkongsian ini akan disumbangkan untuk pembiayaan kos perubatan ahli komuniti. Bayaran akan ditolak daripada Akaun Perkongsian berdasarkan jumlah bil perubatan yang dituntut oleh ahli yang telah mendapatkan rawatan di hospital.
Jumlah deposit bagi Akaun Perkongsian ini mengikut pakej yang anda pilih untuk perlindungan perubatan anda.
(Max Sharing: RM60/Bulan)
- ✔ RM1,000,000 Perlindungan Perubatan
- ✔ RM100,000 Rawatan Kanser Pesakit Luar
- ✔ RM10,000 Rawatan Akibat Kemalangan
(tanpa tempoh menunggu – bayar & claim) - ✔ RM10,000 Khairat Kematian
- ✔ RM250 Caj Perkhidmatan Ambulans
- ✔ RM150 Bilik Hospital & Makan Harian
- ✔ RM50/Hari Elaun Tunai Hospital Kerajaan
- ✔ RM10,000 Rawatan Susulan Selepas Discaj
(2x/tahun, dalam tempoh 60 hari) - ✔ COB Klinik Panel – Tambah RM15/Bulan
(RM120/lawatan, 8x/tahun) - ✖ TIADA Ujian Pra-Kemasukan & Diagnostik
Daftar Pakej Standard
(Max Sharing: RM60/Bulan)
- ✔ RM1,000,000 Perlindungan Perubatan
- ✔ RM100,000 Rawatan Kanser Pesakit Luar
- ✔ RM10,000 Rawatan Akibat Kemalangan
(tanpa tempoh menunggu – bayar & claim) - ✔ RM10,000 Khairat Kematian
- ✔ Ambulans: Mengikut Caj yang Dikenakan
- ✔ RM250 Bilik Hospital & Makan Harian
- ✔ RM100/Hari Elaun Tunai Hospital Kerajaan
- ✔ RM10,000 Rawatan Susulan Selepas Discaj
(2x/tahun, dalam tempoh 60 hari) - ✔ COB Klinik Panel – Tambah RM15/Bulan
(RM120/lawatan, 8x/tahun) - ✔ RM5,000 Ujian Pra-Kemasukan & Diagnostik
Daftar Pakej Deluxe
Deposit Akaun Perkongsian sebanyak RM150 (Pakej Standard) atau RM300 (Pakej Deluxe) akan dimasukkan secara auto debit selepas 60 hari anda mendaftar sebagai ahli WeKongsi.
Selepas 90 hari, jika ada tuntutan bil perubatan pada bulan tertentu, akan berlaku penolakan dari Akaun Perkongsian anda. Sekiranya tiada tuntutan (semua ahli sihat), maka tiada penolakan daripada Akaun Perkongsian pada bulan tersebut.
Maksimum RM75 sahaja akan ditolak dari Akaun Perkongsian.
Sekiranya pada bulan-bulan tertentu nilai sumbangan perkongsian yang perlu dibuat adalah melebihi RM75 (contohnya RM80), WeKongsi hanya akan membuat penolakan maksimum RM75 sahaja daripada dana akaun perkongsian anda.
Baki RM5 akan dibawa ke bulan hadapan untuk sumbangan perkongsian yang seterusnya.
Apabila dana dalam Akaun Perkongsian anda berbaki bawah RM75, akan berlaku auto debit untuk mencukupkan semula jumlah dana perkongsian tersebut menjadi RM150 / RM300 (mengikut pakej perkongsian anda).
Manfaat Tambahan Eksklusif
Manfaat Pesakit Luar Bersyarat (COB)
COB direka untuk membantu ahli yang layak mendapatkan sokongan penjagaan kesihatan dengan cepat – memudahkan anda untuk berjumpa doktor, mendapatkan ubat, dan menerima rawatan apabila diperlukan.
- Sehingga RM120 Bantuan Setiap Episod Rawatan
- Sehingga 8 Episod Setahun
- Telekonsultasi Percuma (9am – 10pm setiap hari)
- Meliputi 17 Keadaan Pesakit Luar Yang Layak

Konsultasi Doktor Dalam Talian
Berunding dengan doktor panel secara dalam talian tanpa perlu ke klinik. Terima e-preskripsi dan pilih penghantaran ubat yang diperlukan atau pengambilan di farmasi berdekatan.
Lawatan Klinik
Nikmati akses kepada lebih 4,000 klinik panel MiCare di seluruh Malaysia untuk rawatan pesakit luar yang layak di bawah COB dan terima sokongan sehingga RM120 setiap episod.
Ketahui Lebih Lanjut Tentang COB ➜
[ COB ialah manfaat tambahan pilihan. Terma dan syarat dikenakan. ]


