FAQ – Soalan Lazim tentang WeKongsi
1. Pengenalan WeKongsi
We Kongsi merupakan program perlindungan kos perubatan (hospital & klinik) yang menggunakan konsep perkongsian kos secara kolektif (crowd-sharing).
Setiap ahli yang menyertai program WeKongsi ini akan berkongsi kos perubatan sesama ahli untuk mendapatkan manfaat penjagaan kesihatan yang lebih berpatutan dan berkesan tanpa had dan kos yang terdapat dalam insurans kesihatan tradisional.
WeKongsi bukan Takaful atau Insurans, tetapi merupakan platform perkongsian kos perubatan hospital dengan kerjasama e-MAS (Eximius Medical Administration Solution Sdn Bhd) sebagai Third Party Administrator (TPA).
Ya.. WeKongsi telah disahkan patuh Shariah oleh panel penasihat Shariah — Afsha Shariah Advisory Sdn. Bhd.
Ia boleh menjadi alternatif yang lebih mampu milik, tetapi bukan pengganti kepada medical card takaful yang lebih lengkap dari segi perlindungan dan kawal selia.
Sedangkan syarikat takaful yang mempunyai kawal selia ketat pun berisiko menghadapi claim burst, apatah lagi program seumpama ini.
Program WeKongsi mempunyai proses kemasukan yang ketat dan umur penyertaan yang terhad untuk mengurangkan risiko tersebut.
- Tidak berada di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM)
- Proses underwriting lebih ketat berbanding takaful.
- Peserta dengan masalah kesihatan tidak diterima kerana tiada pilihan loading atau pengecualian.
- Had umur penyertaan baharu ialah 45 tahun.
- Tiada pelepasan cukai.
2. Keahlian WeKongsi
Syarat sertai WeKongsi:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 14 hari — 45 tahun (berdasarkan tarikh lahir yang lepas)
- Sihat dan tidak mempunyai penyakit
- Jujur tentang status kesihatan diri
Ahli yang telah menyertai WeKongsi akan terus menerima manfaat seumur hidup, selagi akaun masih aktif.
Had umur 45 tahun hanya untuk penyertaan / pendaftaran baharu.
Jika ada penyakit, simpton penyakit, atau pernah menerima rawatan penyakit – perlu declare atau isytiharkan penyakit tersebut melalui soalan saringan kesihatan.
Peserta yang berstatus 'Probation' akan dihubungi untuk tindakan selanjutnya.
Boleh.. Sebab demam hanya sakit biasa (common illness).
Bergantung pada kecederaan dan rawatan yang diterima selepas accident. Jika tidak kritikal, boleh join.
Sekiranya kritikal seperti pembedahan, perlu declare ketika menjawab soalan saringan kesihatan.
A. Mereka yang tidak mempunyai medical card takaful:
- Bajet terhad dan kos yang tinggi
- Pernah mempunyai medical card tetapi sudah lapse
- Pernah ada medical card tetapi tak teruskan kerana repricing
B. Mereka yang sudah mempunyai medical card dan ingin menambah perlindungan ke atas medical card sedia ada.
WeKongsi tiada pakej keluarga. Hanya ada pakej individu dan setiap ahli perlu membayar secara individu.
Walau bagaimanapun, dalam satu akaun boleh masukkan jumlah ahli tanpa had. Tetapi setiap ahli tertakluk kepada yuran keahlian dan perkongsian bulanan secara individu.
Untuk mendaftar sebagai ahli WeKongsi boleh tekan link di bawah:
Tempoh Menunggu WeKongsi
Segera:
• Tuntutan segera untuk sebarang kecederaan kemalangan sehingga RM10,000.
Selepas 90 hari:
• Pengaktifan tuntutan untuk penyakit biasa seperti demam, selesema, denggi, keracunan makanan, dan sebagainya.
Selepas 180 hari:
• Pengaktifan tuntutan untuk penyakit tertentu seperti tekanan darah tinggi, serangan jantung, diabetis, kanser, dan sebagainya.
We Kongsi sentiasa menggalakkan ahlinya menggunakan pelan takaful / insurans terlebih dahulu, dan WeKongsi bersedia menampung caj lebihan yang tidak dibayar oleh syarikat takaful / insurans (seperti amaun deductible atau ko-takaful).
Cara ini dapat membantu mengurangkan kos yang ditanggung oleh komuniti WeKongsi.
Jika ahli keluar daripada program WeKongsi atau dibatalkan keahlian, pihak pentadbir WeKongsi akan memulangkan (refund) baki deposit yang belum digunakan. Refund akan dimasukkan ke akaun bank dalam tempoh 60 hari.
Walau bagaimanapun, yuran keahlian tidak akan dipulangkan (non-refundable) kecuali jika berlaku kesalahan seperti overcharge.
Rujuk: Polisi Refund
3. Kos dan Pembayaran
Terdapat 2 perkara perlu dibayar apabila menyertai WeKongsi.
- Yuran Keahlian WeKongsi :
- RM360 setiap tahun, ATAU
- RM100 setiap suku tahun (3 bulan), ATAU
- RM40 setiap bulan
- Deposit Akaun Perkongsian (Sharing Account) :
- Deposit Akaun Perkongsian perlu dibuat secara eMandate (auto debit) pada hari ke-60 selepas mendaftar sebagai ahli WeKongsi.
- Kos perkongsian pula akan dibayar selepas hari ke-90 mendaftar DAN apabila ada kes rawatan untuk bulan terlibat sahaja.
- MAKSIMUM bayaran adalah RM50 di mana amaun ini akan ditolak daripada deposit Akaun Perkongsian.
Terdapat 3 mode pembayaran untuk Yuran Keahlian WeKongsi:
- Secara tahunan – RM360 setiap tahun
- Secara suku tahunan – RM100 setiap 3 Bulan (total RM400 setahun)
- Secara bulanan – RM40 setiap bulan (total RM480 setahun)
Anda boleh memilih mode pembayaran mengikut kesesuaian sendiri.
Setiap ahli WeKongsi perlu lengkapkan eMandate (auto debit) dalam tempoh 60 hari selepas pendaftaran. Caj RM1 dikenakan untuk setting eMandate.
Pada hari ke-60 selepas pendaftaran, sistem akan melakukan auto debit untuk deposit perkongsian sebanyak RM100 / RM200 (mengikut pakej yang dipilih).
Jumlah perkongsian bulanan akan diumumkan pada 7hb setiap bulan.
Tidak.. Ahli yang baru mendaftar tidak dikenakan apa-apa bayaran perkongsian bulanan sehingga melepasi tempoh 90 hari.
Yuran tahunan adalah untuk menampung kos operasi seperti sistem IT, marketing, staff, bayaran kepada third party, dan sebagainya. Manakala perkongsian bulanan ialah untuk menanggung kos bil perubatan ahli komuniti.
Walau bagaimanapun, dengan kedua-dua bayaran ini, kos keseluruhan penyertaan ahli WeKongsi masih lebih murah berbanding harga pasaran.
Akaun akan digantung jika pembayaran gagal dalam masa 26 hari.
Pengaktifan semula:
- Percubaan 1: RM30 + 30 hari menunggu tambahan.
- Percubaan 2: RM50 + 30 hari menunggu tambahan + pemeriksaan kesihatan.
- Percubaan 3: Daftar semula sebagai ahli baharu.
4. Manfaat WeKongsi
Manfaat yang diberikan adalah seperti berikut:
- RM1 JUTA – Perlindungan perubatan setahun
- RM100,000 – Rawatan pesakit luar kanser
- RM10,000 – Perlindungan kemalangan (tanpa tempoh menunggu)
- RM10,000 – Khairat kematian
- RM150 / RM250 – Room & Board
- RM50 / RM100 – Elaun harian hospital kerajaan
- Perkhidmatan ambulans
- Manfaat Pesakit Luar Bersyarat
- Lebih 270 hospital panel dan 4,500 klinik panel untuk ahli dapatkan rawatan
Takaful dan insurans perlu register under PIDM kerana:
- Dalam takaful dan insurans, setiap tuntutan mereka ditanggung oleh syarikat mereka.
- Syarikat takaful / insurans mereka mengambil yuran premium client mereka membuat pelaburan. Apabila ada pelaburan, confirm ada risiko.
We Kongsi pula tak perlu register under PIDM kerana:
- Setiap tuntutan bukan company WeKongsi yang tanggung, tapi ditanggung oleh semua sharer / ahli komuniti.
- We Kongsi tidak ada apa-apa pelaburan dalam pelan ini.
- WeKongsi tertakluk di bawah SSM dan kewangan komuniti adalah di bawah pemantauan syarikat Pemegang Amanah (Trustee).
We Kongsi ada lebih 270 hospital panel (kerajaan dan swasta) di seluruh Malaysia.
Senarai panel hospital adalah berdasarkan senarai yang ada pada TPA WeKongsi iaitu e-MAS.
Terkini! WeKongsi juga boleh digunakan untuk rawatan di klinik panel sebagai pesakit luar. Ada 17 jenis sakit yang boleh cover hanya di klinik panel sahaja, tak perlu ke hospital (kecuali jika perlu warded).
Harga Room & Board mengikut pakej:
- Standard – RM150/hari
- Deluxe – RM250/hari
Beza 2 pakej tersebut ialah pada jumlah Sharing Account dan manfaat.
Pakej Standard, jumlah yang perlu dimasukkan ke dalam Sharing Account adalah RM100. Manakala pakej Deluxe pula RM200.
Untuk Pakej Deluxe ada tambahan manfaat berbanding Standard, seperti bilik RM250/hari, pre-hospital diagnosis, dan bayaran kos ambulans seperti yang dikenakan.
Jumlah perkongsian bulanan bagi kedua-dua pakej adalah sama (maksimum RM50).
Tujuan diwujudkan Pakej Deluxe ialah supaya tempoh masa untuk topup Sharing Account menjadi lebih lama.
We Kongsi tidak menyediakan dokumen polisi bagi setiap individu, sebaliknya setiap ahli tertakluk kepada Program Guidelines.
Boleh.. WeKongsi kini mempunyai 4,500 klinik panel di seluruh Malaysia, menjadikan rawatan pesakit luar lebih mudah dan berpatutan untuk anda.
Ada 17 jenis sakit yang boleh cover hanya di klinik panel, tak perlu ke hospital (kecuali jika perlu warded).
Cuma bayar RM10 sahaja untuk rawatan dan juga ubat. Selebihnya akan cover dengan pelan medikal WeKongsi.
5. Tuntutan
- Bayar bil hospital (Pay and Claim)
- Hantar bil kepada Customer Service: 010-876 8760
- Tuntutan diproses dalam masa 14 hari bekerja.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dibuat bagi membolehkan anda menggunakan TPA eMAS daripada WeKongsi untuk warded:
- Buat rawatan terlebih dahulu di klinik panel eMAS. Senarai klinik boleh lihat di: wekongsi.com/clinic
- Jika perlu rawatan lanjut di hospital, minta doktor klinik berikan Surat Rujukan (mesti ada)
- Pergi hospital panel eMAS yang berhampiran atau berdasarkan Surat Rujukan doktor. Senarai hospital boleh lihat di: wekongsi.com/hospital
- Hubungi TPA (eMAS) untuk pengesahan: 03-9213 0103
- Maklumkan kepada TPA (eMAS) anda akan masuk wad berdasarkan surat rujukan doktor dan minta info lanjut apa yang perlu dilakukan.
- Di hospital panel, beri IC / Kad Pengenalan atau tunjukkan e-Admission Card yang boleh diperolehi dari profile dalam app WeKongsi.
Waris perlu kemukakan dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan si mati
- Salinan sijil kematian / permit mengubur
- Salinan laporan polis (jika berkaitan)
Syarat paling penting adalah status keahlian mestilah AKTIF.
Tuntutan khairat kematian selesai dalam tempoh 7 hari bekerja.
6. Menjadi Ejen WeKongsi
Permohonan menjadi ejen boleh buat melalui app WeKongsi dengan bayaran RM100 seumur hidup.
Perlu menjadi ahli WeKongsi terlebih dahulu, kemudian membayar yuran ejen sebanyak RM100 seumur hidup. Tiada MOC (maintenance of contract), tiada CPD hours.
Ya.. Semua ahli digalakkan menjadi ejen. Supaya ahli dapat belajar proses tuntutan dan memahami cara pengurusan hospital untuk diri dan keluarga.
Bermula dengan 25% daripada bayaran yuran keahlian.
Tiada had umur ditetapkan.
